Saturday 21 July 2012

1st Terawih

Assalamualaikum ,

Ramadhan telah tiba wahai sahabat, apa yang korang harapkan puasa korang pada tahun ni ? apa-apa pun korang betulkan niat anda dahulu , :) gitu la, SAYANG korang semua :)

So Semalam kan saya pergi terawih, Alhamdulillah , tapi kan saya nak cerita sikit , urm , saya sedih la pergi kat surau tu semalam , bukan apa cuma problem sikit je yang membuatkan saya rasa kurang khusyuk semalam *jujur* hal ini kerana atas beberapa faktor .




1. Jemaah tak nak rapatkan saf,

- okay, saya rasa terkilan , walaupun 1st time saya ke surau tu , saya rasa lain dari surau dekat rumah saya tu, Masa imam bangun nk solat kan bangun la, saya rasa pelik sebab tak ada sorang pon berganjak dari tempat mereka dari awal-awal sampai, maksud saya macam ni, mereka sampai dan hampar sejadah , then duduk, masalahnye sejadah masing-masing tu BESAR saiz XXL boleh muat dua tiga orang dalam satu sejadah , tapi tak ada orang pun yang rapatkan saf, saf paling rapat adalah saf pertama, semakin longgar setiap saf saya tengok lepas tu, pastu kan tanya la mak saya ni " kenapa tak rapatkan saf?" pastu mak saya  cakap "tak tahu" . Pastu saya mengambil tindakan rapatkan saf saya dengan orang sebelah. Tapi orang sebelah lagi tu tak nak berganjak,memang besar betul lubang yg kosong kat sebelah saya, orang dah start solat , still memang tak khusyuk seriuosly, memang nak nangis rase :'(

- kalau korang ada kes macam ni tegur eh mak cik / kakak kat sebelah tu suruh rapatkan saf, kalo die tak nk berganjak jugak  , perkara ini telah berlaku yer :

 'Tak pe lah,makcik solat atas sejadah makcik je' seorang makcik berkata bila diminta dirapatkan saf".

"Yang seorang lagi pila bersuara 'Makcik memang tak boleh rapat-rapat,pening kepala'.
Adeh...kalau tidak kerana telah diajar untuk menghormati orang tua,teringin aje saya berkata kepadanya 'Kalau tak leh solat rapat-rapat dengan orang lain,balik solat kat rumah sorang-sorang lagi baik makcik!'

 (Teringat kisah yang pernah saya dengar tentang Syaitan yang mempengaruhi seorang pembuat sejadah agar membuat dan menjual sejadah yang bersaiz besar.Apabila orang-orang Muslim  solat meggunakannya dan mereka begitu sayang kepada sejadahnya yang besar dan cantik,pasti mereka tidak akan merapatkan saf mereka.Licik!)

 "Adalah Rasulullah SAW meluruskan saf kami, seolah-olah meluruskan anak panah sehinggalah beliau berpuas hati bahawa kami telah memenuhi pangilannya. Pada satu hari, beliau keluar untuk solat. Beliau berdiri dan ketika hendak takbir, kelihatan seorang yang dadanya kehadapan dari saf. Beliaupun besabda, Hendaklah kalian luruskan saf kalian, atau ALLAH akan memecahbelahkan persatuan kalian." (HR Muslim no 436).

2. Imam baca laju giler !

Yup, imam baca laju giler ! fuhh~~ kalo sujud baru baca "SUBHANAROB..... " pastuh dh ALLAHUAKBAR ! hish kejar ape benda thu , sabo je la..........

Keadaan ini amat menyedihkan ku !

Huh, malam nie g masjid pdg nenas r lop, ayah sy rancang setiap hari solat dekat masjid lain sampai dekat masjid terapung, hehe bez jgk :)



No comments:

Post a Comment

Kehidupan saya sebagai makhluk Allah di atas muka bumi :)