Saturday 16 June 2012

Perkongsian bersama :)



Well , pd hari Rabu yg lepas saya telah pergi ke Kem Naqoba' :) di GPMS BATU RAKIT , sampai la tgh hari semalam bru balik :)

disini saya nak kongsi apa yg telah sy dapat disana :)

SLOT 1

bersama CG.RAFI

Tajuk : Kepimpinan & Penampilan Imej Diri ,

Ok, penampilan adalah sesuatu yg amat penting kerana ia menunjukkan CHARACTER kita .

IMEJ ITU APA???

* Semua orang mahu meningkatkan imej
* Imej diri , Imej perniagaan atau lain2
* Imej IALAH persepsi orang lain terhadap kita

CONTOH :

- Rupa paras , cara bercakap , berpakaian , bertindak , sikap perawakan , gerak-geri , hiasan tambahan dan persekitaran serta rakan sebaya :)

aktiviti LDK- sememangnya menyeronokkan , bersama2 sahabat baikku 4 org, bergelak ketawa melihat catatan kelemahan dan kekuatan masing2 :)

serba sedikit semasa slot 1 , byk ag tp cmtu la , hehe :P ngantok r masa ni sbb dh lewat :)


 SLOT  ke-2 & ke-3 

 LDK tentang SEJARAH Leftenan Adnan   :)

masa nih cg cakap CIKGU PENYAYANG kan, cg tnyer la cg penyayang tu cmner, sy n eaymut sound la "CIKGU KEDEKUT !" la bkn aper cg sendiri ckp cmtu dlm kelas ,hahaha pastu cg ckp la " JGN KABO SINI. ", cg nie mcm2 la,, tp bengang la sbb kitaorg je ckp cmtu :P malu betol ....

tp sy suka duduk dalam kumpulan sy~~nk ketua sy ! mmg kene buli la :P kak aimi d'best ! dh la ketua bilik ! ketua kumpulan 2 plak tu ... thats my mommy !! hehe tp dalam group sy sokmo kene buli sbb sy je pss lm group tuh, hahaha, sabo jela tp sy balas balik..kih3 :P

kerjasama kitaorg mmg bagus sangat2 , tp xsempat nk bentang pon kertas kitaorg, huh~~sabo je la :)

BTW mmg best VIDEO  tp sayangnya xhabis :P
dalam LDK , banyak soalan yang telah diberikan untuk menjawab dan berbincang bersama kumpulan menggunakan bahan yang telah diberikan sea KBKK :)


 
SLOT KE-4

bersama cg kauselor, cg telah bahagi tugas2 setiap kumpulan dan berikut adalah point pembentangan kumpulan lain (yg sempat la) :

 
ADAB BERSAHABAT :

1.Berakal
2.Berakhlak Mulia
3.Bertaqwa - setiap perilaku ingat selalu dkt Allah

*Memberi salam
*menziarahi sahabat
*saling membantu
*menzahirkan senyuman
*mendoakan sahabat 


ADAB DALAM MAJLIS :

1.Memberi slam ketika masuk majlis
2.Minta Izin jika ruang diantara 2 org
3.Tidak boleh ambil tempat orang jika ada orang yang hendak duduk
4.Kalau seseorang tinggal dari tempat duduknya dan kembali, dia lebih berhak duduk disitu
5.Dilarang duduk di tengah-tengah halaqah.
6.Jika hendak bercakap, bercakaplah dengan teratur dan jangan merasa ujub dengan kelebihan diri
7.Hendaklah mendengar orang cakap dengan teliti dan jangan menampakkan kehairanan terhadap pendapat yg dikemukanakn
8.Perkara yang harus dipelihara dalam majlis :

*duduk dengan tenang
*tidak bermain dengan janggut/cincin
*tidak cungkil gigi
*tidak mengorek hidung tanpa ada sebab yang munasabah
*tidak sering bersin dan menguap
*tidak banyak bergerak
*tidak bermain dengan jari
*tidak bersandar
*tidak tidur

TIPS TIDAK TIDUR !!!

- SEMANGAT KENE ADA !
-SET MIND (niat r)
-IKUT APA YG DIBERI/SAMPAIKAN

hal ini kerana , tidur adalah cara syaitan menutup akal manusia ! :) 

 

SLOT KE-5

Bersama PKHEM.

MATLAMAT NAQOBA' ! 
* MEMBANTU RAKAN UNTUK BERSAHSIAH UNGGUL ! :) (INSYAALLAH)

P - Proactive,pacemaker,personality
E - Efficient,education,elocution
M- Multiple intelligence, management
I -  Inovatif,idealist,impersonal
M- mission & Vission
P - Persuasive,pleasent
I -  Intelectual,Imagination
N- Nationalism,neutral

 KATA2 DR PKHEM :)

"Selagi seseorang itu mengimaginasikan bahawa dia tidak boleh melakukannya, Selagi dia menentukan tidak melakukannya , Maka akibatnya mustahil baginya untuk melakukannya ."

50 LANGKAH MENJANA KUALITI DIRI !
 1.Ketahui dan fahami diri
2.Senaraikan Kebolehan dan kelemahan
3.Renung kedalam diri dan buat tekad yang baharu
4.Terima hakikat diri/kasihkan diri
5.Jangan bandingkan dengan orang lain
6.Baiki keterampilan diri.
7.Lakukan yang terbaik
8.Bercakap secara positif
9.Kembangkan sifat positif
10.Terima tanggungjawab 100% terhadap tugas.
11.Tentukan matlamat -pendek/panjang
12.Tumpukan terhadap hasil kerja.
13.Tindakan berasaskan nilai yg dipilih.
14.Muhasabah diri
15.Kekalkan disiplin diri
16.Atasi segala perasaan gementar
17.Jangan bimbang terhadap Perkaradi luar kawalan 
18.Raikan kejayaan
19.Amalan kelewasan ( flexibility ) , tolak nasur.
20.bergaul dengan yang berjaya
21.Terima kritikan membina
22.Wujudkan situasi menang-menang
23.Kekalkan hidup sihat
24.Hidup dalam keadaan harmonis
25.Sentiasa baiki diri secara berterusan
26.Luaskan pengetahuan dengan bacaan.
27.Berbuat baik dengan orang lain
28.Sentiasa Bersyukur
29.Sentiasa ceria,gembira & kecindan (ad unsur bergurau )
30.Berani
31.Permulaan hari yang ceria
32.Anggap Kesilapan sebagai pengajaran
33.Bersikap mesra , bersangka baik
34.Buat kawan2 baharu
35.Beri layanan kepada orang lain
36.Elakkan diri daripada membuat kerja yang tidak munasabah
37.Belajar untuk menggemari kerja
38.Elakkan daripada tertekan
39.Jangan ada rasa rendah diri
40.Buat keputusan yang tepat dan berkesan 
41.Elakkan kata, "SAYA TIDAK BOLEH !"
42.Jangan toleh ke belakang dengan negatif
43.Hargai mereka yang memberi bantuan.
44.Jangan endahkan kata2 yang tidak menyenangkan
45.Akui kelemahan dan kesilapan diri
46.Jaga maruah dan nama baik diri
47.Kerap berdoa bertaqaru' dengan Allah
48.Lakukan apa yang  dikatakan
49.Kikis hasad dengki dan iri hati
50.BAYANGKAN KEJAYAAN MILIK ANDA ! 

INGAT !

KAIZEN = PENAMBAH BAIKAN
KANZEI = MENGEKALKAN KECEMERLANGAN 

sememangnya seronok berada disana boleh merapatkan ukhwah bersama :) dan mengeluarkan idea2 bertukar2 fikiran :) sememangnya bagus !  

Riadah bersama rakan2 di pantai dengan meredah hutan :) pengalaman yg xdapat dilupakan :)

ini sahaja yg dapat sy kongsikan bersama :) 

lepas balik jer tengah hari semalam teruk terlelap :P keletihan, tido then ptg tuh pegi mkn ICT then mlm plak pg Jalan2 kat Giant :) walaupun letih tetap bahagia :) ALHAMDULILLAH <3
 





 




No comments:

Post a Comment

Kehidupan saya sebagai makhluk Allah di atas muka bumi :)