Tuesday 24 January 2012

SO HARD ^_^

Well,,pagi ni sy telh dikejutkan oleh abgku n nenekku yg panggil kitaorg dlm bilik ckp "BANGUN !! CIMBEK (nma kucing adikku,,hehehe) DIER BERANAK DH !!!!! ~~~dgn lantas adikku bangun tp malangnya saya malas nk bangun.....tp lpas stgh jam bgun la kejap tgok pastu sambung balik tido,,,,,hahaha...Pastu lepas bangun tido sy pon pegi la jenguk cucu adikku ini..ada dua ekor semua nyer putih mcm mak dier.....lpas tu tgh mkn td pg tgok balik......nk thu x apa yg berlaku???

jeng,,jeng,,jeng,,

dier tengah beranak seekor lagi..warna hitam berbelang oren,,,,baru keluar separuh badan ,adoii,,tgok muka kucing tu relax jer beranak,,,,,tp sebenarnya dier lelah sampai terjelir lidah dier beranak lepas beranak betapa penatnyer beranak,,,,cuba bayang dari semalam lagi dier keliling rumah,,dier duduk tingkat pintu la tingkap bilik sy la...(thu la sbb bunyi loceng kat leher dier n bunyi dier mengiau ,,hehehhe) dier mmg nk beranak masa tu,,,tup2 pagi2 tuh ayah sy bkk jer pintu lepas pg beli breakfast dier dtg kat ayah sy sambil berlumuran darah sbb bru jer beranak....Adoi,Kesian berapa jam dier tahan nk beranak,,cuba bayang kalo mak kita yg beranak,,mmg perit sakitnya,"seperti telur dihujung tanduk" kan..mmg pepatah tu jer yg biasa kita dgr kalo hal2 org beranak...tgok,betapa susahnya,,,sbb itu kita WAJIB sayang mak kita dulu,,jgnlah kamu menderhakai ibumu,,,,zaman sekarang nie macam2 ada,,,,sedih rasa bila dgr org bunuh mak la,org buang mak tepi jalan la, Org letak mak dekat rumah orang tua la..Ape ke jadah nyer,,pendek nyer pemikiran manusia itu,,,xder ilmu...Saya mmg kesian kalo jumpa org tua2 kat pasar2 ker,,,,ikotla kat mana2 pon..mmg kesian sbb sy akn ingat dier tu mcam nenek n arwah datuk saya.........sy jd rindu......Saya xleh tgok org tua mmg jd kesian...Saya ngan adik sy mmg xleh tgok org tua,,kitaorg mmg akan kasihan kdg2 nk pg tolong tp xboleh,,,



Terdapat beberapa sebab mengapa ibu memiliki hak tiga kali ganda lebih besar daripada seorang ayah:
  1. Ibu terpaksa menanggung pelbagai kesusahan, sama ada dari sudut fizikal mahupun mental, dalam proses mengandung seorang anak. Allah mengkhabarkan kesusahan ini dengan firman-Nya yang bermaksud: …ibunya telah mengandungnya dengan menanggung susah payah…[al-Ahqaf 46:15]
  2. Kesusahan ketika mengandung semakin bertambah selari dengan pembesaran janin. Kesusahan yang semakin bertambah mengakibatkan seorang ibu menanggung kelemahan demi kelemahan: …ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan…
  3. Kesusahan ini mencapai tahap paling berat ketika hendak melahirkan anak tersebut: …dan telah melahirkannya dengan menanggung susah payah. Kesusahan ini diungkap oleh Allah dalam kisah Maryam ketika beliau hendak melahirkan ‘Isa:
(Ketika dia hendak bersalin) maka sakit beranak itu memaksanya (pergi bersandar) ke pangkal sebatang pohon tamar (kurma); dia berkata: “Alangkah baiknya kalau aku mati sebelum ini dan menjadilah aku sesuatu yang dilupakan orang dan tidak dikenang-kenang!” [Maryam 19:23]
Berkenaan kesusahan yang amat berat saat hendak melahirkan, Abi Burdah radhiallahu 'anh pernah melihat Ibn ‘Umar radhiallahu 'anhuma dan seorang lelaki dari Yaman sedang tawaf di sekeliling Ka’bah.
Lelaki tersebut sedang mendukung ibunya lalu mengeluh: “Saya baginya bagaikan tunggangan yang hina.
Lalu dia bertanya: “Wahai Ibn ‘Umar! Apakah sudah aku balas budinya?
Ibn ‘Umar menjawab: “Tidak! Walaupun setarik nafasnya (yakni ketika ibunya sedang melahirkannya).[4]
  4.   Setelah melahirkan, ibu benar-benar memberi perhatian kepada anaknya. Seandainya anaknya tidak
sihat atau hilang sekejap daripada perhatiannya, nescaya dia menjadi bimbang. Apatah lagi jika anaknya dijauhkan daripadanya, seorang ibu akan teramat berdukacita sehingga hatinya menjadi kosong, sehinggalah anaknya dikembalikan kepadanya.
Kenalilah perhatian seorang ibu terhadap anaknya berdasarkan kisah berikut daripada al-Qur’an, ketika Allah Subhanahu wa Ta‘ala memerintah ibu Musa untuk menghanyutkan anaknya (Musa) agar dia (Musa) tidak ditangkap dan dibunuh oleh Fir’aun:
Dan Kami ilhamkan kepada ibu Musa: “Susukanlah dia; dalam pada itu jika engkau takutkan sesuatu bahaya mengenainya (dari angkara Firaun), maka (letakkanlah dia di dalam peti dan)
lepaskanlah dia ke laut; dan janganlah engkau merasa bimbang dan jangan pula berdukacita; sesungguhnya Kami akan mengembalikannya kepadamu dan Kami akan melantiknya menjadi salah seorang daripada Rasul-rasul Kami.
Setelah itu dia (Musa) dipungut oleh orang-orang Firaun; kesudahannya dia akan menjadi musuh
dan menyebabkan dukacita bagi mereka; sesungguhnya Firaun dan Haman serta orang-orangnya
adalah golongan yang bersalah.
Dan (ketika melihat kanak-kanak itu) berkatalah isteri Fir’aun:
“(Semoga dia menjadi) cahaya mata bagiku dan bagimu; janganlah kamu membunuhnya;
mudah-mudahan dia berguna kepada kita atau kita jadikan dia anak.”
Padahal mereka tidak menyedari (kesudahannya).
Dan (sepeninggalannya) menjadilah hati ibu Musa kosong; sesungguhnya dia nyaris-nyaris menyatakan perihal anaknya itu dengan berterus-terang jika tidaklah Kami kuatkan hatinya (dengan perasaan sabar dan tenang tenteram), supaya tetaplah dia dari orang-orang yang percaya (akan janji Allah).
Dan berkatalah dia kepada kakak Musa:
“Pergilah cari khabar beritanya.” (Maka pergilah dia) lalu dilihatnya dari jauh
sedang orang ramai tidak menyedarinya.
Dan Kami jadikan dia (Musa) dari mulanya enggan menyusu kepada perempuan-perempuan yang hendak menyusukannya; (melihatkan halnya itu), kakaknya berkata (kepada isteri Fir’aun):
“Mahukah aku tunjukkan kamu kepada penduduk sebuah rumah yang dapat memeliharanya untuk kamu, serta mereka tulus ikhlas kepadanya?”
Maka (dengan jalan itu) Kami kembalikan dia kepada ibunya supaya tenang tenteram hatinya
dan tidak berdukacita (disebabkan bercerai dengannya); dan supaya dia mengetahui bahawa janji Allah (untuk menyelamatkannya) adalah benar; akan tetapi kebanyakan mereka tidak mengetahui
(yang demikian itu). [Maksud surah al-Qasas 28:7-13]
  5.   Sekalipun dengan segala pengorbanan ibu daripada saat mengandung hinggalah        kepada membesarkan,
seorang anak lazimnya akan lebih cenderung untuk meremehkan ibunya berbanding ayahnya. Faktor penyebab adalah sama ketika menjelaskan bab sebelum ini berkenaan mengapa ibu dikhususkan daripada ayah dalam larangan menderhaka. Sifat kewanitaan seorang ibu yang lemah lembut dan peranannya yang “hanya di rumah” menyebabkan sebahagian anak-anak tidak menghormati ibu mereka dan justeru melecehkan tuntutan berbuat baik kepadanya. 
 
Lima sebab di atas, paling kurang, menjelaskan mengapa Allah dan Rasul-Nya mengkhususkan seorang ibu di atas seorang ayah. Malah hadis yang asal dalam perbincangan ini memberi hak tiga kali ganda lebih besar kepada seorang ibu berbanding seorang ayah. Oleh itu dalam rangka berbuat baik kepada ibubapa, hendaklah kita memberi perhatian dan keutamaan kepada ibu.


SAYA SAYANG IBU SAYA ~~~
CONTINUE MY STORY~~~~

Well,,petang td pg picnic kat pantai pulak ngan my aunty yg bru smpai dr JOHOR pastu kan jalan2 la ada pertandingan kucing kat tepi pantai..Adoi,,Aperla,Kucing saya baru jer beranak...hehehe,,,
Aper ag ye..HOMEWORK SEMUA XSIAP AG,,,,SBB SAYA BUAT SEMUA SUBJEK TAPI SIKIT2,,,,FAHAM X CAMNER?? BUAT TP ADA TINGGAL YG XTHU JERLA.......HAHAHA...xper la Homework sya punyer kerja xper.......luperkan (padahal mana boleh luper,,adoii)
k r,,nk pegi wat ADD MATH ,,,,, waa~~ pening kepala....^^ hehehe

SALAM..... 

jap sambungan.... 

 

No comments:

Post a Comment

Kehidupan saya sebagai makhluk Allah di atas muka bumi :)